Tweet |
Bagi isteri hanya 4 syarat untuk mereka ke syurga
- “ Apabila seorang isteri mengerjakan solat 5 waktu,
- mengerjakan puasa sebulan,
- memelihara kehormatannya (aurat) serta
- mentaati suaminya..."
Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:
“ Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” (Hadis Riwayat Ahmad)Perempuan tidak perlu keluar berjihad atau berperang, cukup sekadar mengerjakan haji atau umrah bagi yang cukup syaratnya.
Daripada Aishah r.a. katanya, aku berkata, :
“ Ya Rasulullah, kita mengetahui bahawa jihad adalah sebaik-baik amalan. Oleh itu apakah kami kaum wanita tidak boleh ikut berjihad ? ”Baginda terus menjawab:
“ Bagi kamu semua (kaum wanita) jihad yang paling baik ialah mengerjakan haji dan mendapatkan haji mabrur..."Rasulullah SAW bersabda: ” Jihad orang yang tua, lemah dan wanita ialah menunaikan haji ” (an-Nasa’i)”
Pernah Rasulullah Shallahu 'alaihi wassalam bersabda yang bermaksud :
“ Jikalau sekiranya ada perintah dari Allah SWT untuk menyuruh manusia sujud kepada manusia nescaya aku suruh isteri sujud kepada suaminya. ”
Namun perempuan lebih ramai di neraka
Dari Abdullah bin Umar r.a katanya:Rasulullah Shallahu 'alaihi wassalam telah bersabda:
“ Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar yaitu memohon ampun. Kerana aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka.”Seorang wanita yang cukup pintar di antara mereka bertanya :
“Wahai Rasulullah ? kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka ? ”
Rasulullah Shallahu 'alaihi wassalam bersabda :
“ Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami..."Wanita itu bertanya lagi:
Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu.
“Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu?
“Rasulullah Shallahu 'alaihi wassalam bersabda:
“ Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki.."Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mendirikan sembahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadhan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama”
Dari Imran bin Husain dia berkata,
Rasulullah Shallahu 'alaihi wassalam bersabda yang bermaksud :
“ Sesungguhnya penduduk Syurga yang paling sedikit adalah wanita.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)Rasulullah Shallahu 'alaihi wassalam bersabda yang bermaksud :
“ Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)Sabda Rasulullah Shallahu 'alaihi wassalam :
“ Allah tidak akan melihat kepada wanita yang tidak mensyukuri apa yang ada pada suaminya dan tidak merasa cukup dengannya.” (HR Nasa’i)Sabda Rasulullah Shallahu 'alaihi wassalam :
“ Wanita yang meminta cerai pada suaminya tanpa sebab (yang syar’ie) maka haram baginya mencium wangi Syurga. ” (Hadis Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi )Dalam hadis yang lain,
Rasulullah Shallahu 'alaihi wassalam menjelaskan tentang wanita penghuni Neraka,
baginda bersabda :
“ … dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bunggul unta..."Mereka tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan wanginya Syurga padahal wanginya boleh didapati dari jarak perjalanan sekian dan sekian.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)
Di dalam kisah solat gerhana matahari,Rasulullah Shallahu 'alaihi wassalam.
dan para sahabatnya melakukan solat gerhana padanya dengan solat yang panjang,
Rasulullah Shallahu 'alaihi wassalam melihat Syurga dan Neraka.
Ketika beginda melihat Neraka beginda bersabda kepada para sahabatnya:
“ … dan aku melihat Neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita.."Para sahabat pun bertanya: “Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?”
Baginda Rasulullah Shallahu 'alaihi wassalam menjawab :
“ Kerana kekufuran mereka......”Kemudian ditanya lagi : “Apakah mereka kufur kepada Allah?”
Baginda menjawab :
“ Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya......"Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata :
‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.’ (Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)Ketika beginda selesai berkhutbah hari raya yang berisikan perintah untuk bertakwa kepada Allah SWT. dan anjuran untuk mentaati-Nya.
Baginda pun bangkit mendatangi kaum wanita, baginda menasihati mereka dan mengingatkan mereka tentang akhirat kemudian baginda bersabda :
“ Bersedekahlah kamu semua..."Kerana kebanyakan kamu adalah kayu api Neraka Jahanam!”
Maka berdirilah seorang wanita yang duduk di antara wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua pipinya, dia pun bertanya : “ Mengapa demikian, wahai Rasulullah...? ”
Baginda menjawab :
“…Maka perempuan-perempuan yang saleh adalah mereka yang taat (kepada Allah) dan menjaga diri ketika (suaminya) tidak ada, karena Allah telah menjaga mereka“ Kerana kamu banyak mengeluh dan kamu tidak taat terhadap suami.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari)
(Qs. An Nisa: 34)
No comments:
Post a Comment